Resepi: Sagu Gula Melaka
Bagi sesiapa yang dah ketandusan idea nak masak apa hari ini, Min nak kongsikan satu resepi mudah mengenai pencuci mulut yang senang dibuat. Maklumlah sejak PKP ni banyak sangat memasak sampai tak tahu nak masak apa. Kali ini, min nak share cara memasak sagu gula melaka.
Bahan -bahan:
- Sagu
- Pewarna
- 1 tin susu cair (pakai santan boleh atau pakai susu segar)
- 2 sudu gula Melaka
- 1 ketul gula merah
- 1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
- Secubit garam
- 1/2 air
- Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Cara-cara memasak
- Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).

2. Cuci sagu dan letakkan pewarna. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dan lalukan air paip untuk mengelakkan susu bercampur dengan warna dari sagu.
3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (sukat menggunakan tin susu cair), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung dan sedikit garam bagi kuah berlemak sedikit. Penggunaan jagung bergantung pada cita rasa masing-masing.
4. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali campurkan kuah susu dan sagu tersebut.

Sagu gula melaka ini sangat sedap kalau dihidangkan sejuk-sejuk. So lepas siap tu boleh masukkan ke dalam peti sejuk dulu. Apa lagi, boleh cuba menu ini. Apa-apa pun selamat mencuba.
Sebelum itu ada beberapa tips mengenai sagu yang telah dimasak.
- Pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan sagu, jika tidak sagu akan hancur dan hilang.
- Elakkan membasuh sagu supaya ianya tidak hancur.
- Pastikan kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
- Cuci sagu pada air paip dan masukkan ke dalam bekas berisi air supaya ia tidak melekat.
- Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
#stayathome #staysafe #kitajagakita #kitapastimenang #dbiliquebeatcovid19 #dbilique
Sumber: Facebook @Nur Aqila Jufri (Masak Apa Hari Ni)


